Sunday, March 28, 2010

DUNIA PERNOVELAN YANG BERUBAH

Dunia pernovelan sekarang telah semakin berubah berubah. Kita biasa mendengar Kindle keluaran Amazon dan iPad keluaran Apple yang memberi wadah baru kepada dunia perbukuan. Dengan teknologi informasi yang canggih, orang telah melangkah ke genre-genre ajaib yang tidak pernah terfikir misalnya “cellphone novel”. Mulai tiga tahun lepas, di Jepun, di antara 10 best-selling novels, sebanyak LIMA daripadanya adalah berasal daripada cellphone novel atau novel telefon bimbit.

Sebuah novel berjudul “If You” telah terjual sebanyak 400,000 naskah iaitu menjadi novel kelima paling laris selepas diundi sebagai cellphone novel paling popular. Walaupun banyak perdebatan dan perselisihan pendapat tentang kebaikan dan manfaat cellphone novel, namun ia kini terus berkembang menjadi genre yang mulai popular di kalangan pembaca remaja termasuk di dunia perbukuan bahasa Inggeris.

3 comments:

Unknown said...

Dr, PTS Publications dengan kerjasama Metadome Sdn Bhd telah menerbitkan beberapa novel remajanya dalam bentuk buku mudah alih (dikenali sebagai m-book atau mobile book). Juga dikatakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sid Ahmad Ishak said...

Benar Siti, Pn Ainon pernah memberitahu saya tentang rancangan itu tetapi apabila m-book itu terbit, saya belum sempat melihatnya. Siti dah tengok dan baca ke?

Unknown said...

Dah tengok tapi tak cuba beli atau guna lagi. Memang nk cuba tp nanti lah...

Dr, asyik saya je yang mengomen di blog Dr ni...