Monday, March 29, 2010

NOVEL-NOVEL MALAYSIA-INDONESIA

Pengurus Kanan Penerbitan, Encik Poh Swee Hiang dari Penerbitan Pelangi telah memberikan saya sepuluh novel untuk dibaca sebelum dilancarkan pada dua hari kemudannya iaitu pada 24 Mac 2010. Saya sempat membaca beberapa buah antaranya ialah dua novel oleh Geidurrahman El-Mishry iaitu Bait-bait Cinta dan Langit Mekah Berkabut Merah.

Saya memilihnya kerana alasan yang amat jelas: bahawa saya dengan mudah dapat menghubungkan dirinya dengannya. Kedua-dua novel ini berlatarbelakangkan Timur Tengah, dan saya pernah tinggal di beberapa negara Timur Tengah untuk mengajar di universiti atau membuat penyelidikan. Tentang dua karya tersebut, satu adalah mengenai kepedihan, kepiluan dan cabaran hidup seorang pembantu rumah yang pergi ke perantauan untuk mendapatkan rezeki; manakala satu lagi adalah tentang liku-liku kehidupan dan idealisme perjuangan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Lapan daripada sepuluh novel yang dilancarkan merupakan adaptasi karya Indonesia dan dua ialah karya tempatan. Penerbitan Pelangi telah menubuhkan Pelangi Novel Sdn. Bhd. untuk menangani karya-karya kreatif dan mengambil peluang daripada pasaran cereka yang semakin luas. Pelangi Novel diketuai oleh Tuan Haji Senan bin Ibrahim, mantan Pengaran Pelajaran Johor yang saya kenali semasa beliau menjadi pengarah BBT. Yang istimewa tentang penerokaan Pelangi ke genre novel ialah penubuhan cawangan di negara tetangga itu bukan sahaja untuk membawa novel mereka ke Malaysia tetapi juga novel Malaysia ke pasaran Indonesia. Kita berharap langkah ini akan berjaya dalam usaha ke arah mewujudkan lalu-lintas perbukuan yang lebih stabil antara kedua-dua negara.

6 comments:

Unknown said...

Dr, nak pinjam boleh? :)

Sid Ahmad Ishak said...

Boleh Cik Siti, yang mana satu? Ada sepuluh semuanya.

Unknown said...

Nak pinjam semua...heheh

Sid Ahmad Ishak said...

Sempat ke nak baca, minit mana yang nak dibelanja kalau semuanya dah ditempah?

Unknown said...

Jangan risau, kalau novel saya boleh baca dengan cepat. Boleh ketepikan masa makan, tgk TV, dan berFB. Heheh...cuma takut ketagih je...

Anonymous said...

Lepas baca kenalah buat review, sekurang-kurangnya dapat dimanfaatkan orang lain yang tak baca.