1.
Buku Kanak-kanak Bergambar
Pemenang:
Hidup Bekerjasama oleh Norashikin Hashim, Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd., 2006.
Buku ini adalah salah satu daripada 15 buku cerita bergambar dalam Siri Moral Kanak-kanak yang menekankan pengajaran tentang kasih sayang, hormat-menghormati, tolong-menolong, dan pelbagai nilai murni untuk membentuk budi pekerti kanak-kanak.
Hidup Bekerjasama ialah kisah tiga ekor semut yang bersahabat bik dan bersama-sama mengangkut makanan yang berat untuk dibawa pulang. Kekuatan buku ini adalah pada gambarnya yang menarik dengan kontras warna yang tajam dan ilustrasi tiga watak semut yang penuh beranimasi. Namin, penceritaannya agak lemah dengan gaya didaktisme yang jelas.
2. Buku Kanak-kanak Fiksyen.Pemenang:
Sahabat Baru oleh Azwani Abdul Ghani, MEP Education Consult Sdn. Bhd, 2006.
Buku ini menceritakan kisah kanak-kanak kematian ibu yang
menghadapi masalah dengan bapanya. Untuk mengatasi masalah tersebut, bapa kanak-kanak ini membawanya ke hospital, iaitu tempat kerja beliau. Di hospital, kanak-kanak tersebut bertemu dengan pesalit-pesakit yang menghadapi masalah yang lebih buruk daripada apa yang dihadapinya. Pengalaman itu memberi kesan kepadanya dan mengubah pandangan hidupnya. Keseluruhan ceritanya adalah sederhana dari segi plot, teknik penceritaan, dan perwatakan tetapi buku ini dapat dianggap lebih baik daripada yang lain-lain.
3. Buku Kanak-kanak Bukan Fiksyen
Tiada pemenang:
Hanya satu sahaja penyertaan dalam kategori ini dan buku berkenaan tidk mencapai tahap yang diharapkan.
4. Buku Remaja Fiksyen
Pemenang:
Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.
Buku ini menerokai subjek yang jarang disentuh dalam karya remaja tempatan, iaitu seni busana Melyu. Dengan berlatarkan dua zaman, iaitu zaman dahulu dan zaman kini, novel ini dipersembahkan dengan dua bentuk gaya bahasa, iaitu gaya lama dan gaya semasa yang sesuai dengan latar masing-masing. Penekanan tentan bidang busana dikukuhkan dengan nilai-nilai tradisi, budaya, adat resam, dan keagamaan. Novel ini memperlihatkan bukan ahaja dari segi subjek cerita yang bersifat ilmiah, tetapi juga dari aspek teknik dan muatan cerita.
5. Buku Remaja Bukan Fiksyen
Pemenang:
Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim, terbitan E-Media Publication Sdn. Bhd. 2007.
Ensiklopedia ini terdiri daripada empat jilid buku yang mengandungi sejumlah 1117 entri A-Z. Kandungannya dibahagikan kepada enam bidang, iaitu Al-Quran dan Sunnah, Ibadah, Akhlak, Tauhid, Sirah, dan Fiqah. Seperti format ensiklopedia bagi pembaca muda, buku disusun untuk memudahkan pembacaan dan rujukan. Setiap entri diberikan keterangan dan diikuti dengan subentri serta keterangan bagi setiap subentri tersebut. Ensiklopedia ini bersifat ilustratif dengan setiap halaman mempunyai gambar-gamabr untuk menjelaskan entri. Selain itu, terdapat elemen khulasan dan idrak untuk memudahkan pembacaan. Khulasan ialah ringkasan entri utama dan idrak ialah fakta penting yang berkaitan dengan entri. Elemen-elemen ini ditampilkan dalam bentuk kotak berwarna. Bebebrapa entri mempunyai rujukan-rujukan daripada ayat Al-Quran.
6. Buku Dewasa Fiksyen
Pemenang:
Setaman Pantun Kenangan oleh Abdul Halim R., editor umum oleh Muhammad Hj Salleh dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ketika banyak penulis dan penerbi memberi tumpuan kepada karya kreatif moden, buku ini menarik perhatian khalayak ke wilayah sastera tradisional, khususnya pantun Melayu yang menjadi akar penting budaya Melayu. Buku ini bukan sekadar membawa perhatian pembaca kepada bentuk pantun, tetapi menunjukkan ciptaan pantun-pantun yang bermutu tinggi. Penulis dengan teliti menghasilkan pantun-pantun yang berperaturan termasuk mengekalkan rima tengah dan akhir. Proses kreatif ini bukan mudah, tetapi penulis telah menghadirkan 2,079 rangkap pantun Melayu yang bermutu dan bermanfaat isinya. Sebahagian pantun digubah untuk keperluan acara dan majlis tertentu dan ini menunjukkan usaha untuk melestarikan pantun dalam kehidupan masyarakat.
Panel mencadangkan agar kategori ini ditukar kepada Buku Dewasa Kreatif untuk meliputi karya-karya kreatif yang lebih luas.
7. Buku Dewasa Bukan Fiksyen
Pemenang: Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.
Buku ini memaparkan busana dan tekstil Melayu dari segi ciri, unsur, sifat, adat resam, dan artifak. Penulisnya mentafsirkan nilai-nilai estetika dari persepsi dan kreativiti orang Melayu zaman dahulu melalui busana dan tekstil yang dihasilkan. Dengan format buku hisan meja, karya ini dipenuhi dengan pelbagai visual dan menjadi dokumentasi yang agak lengkap tentang bidang ini. Sesuai dengan imeh-imej busana dan tekstil yang diilustrasikan dengan gambar foto yang indah, perinciannya dibuat dengan persembahan bahasa yang baik. Beberapa puisi dan ungkapan Melayu menyulami himpunan busana Melayu yang dipaparkan.
8. Buku TerjemahanPemenang:
Buku Panduan Diplomatik diterjemh oleh Radziah Abdul Rahim, diterbitkan secara bersama oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2007.
Buku ini diterjemahkan daripada karya asal oleh R. G. Feltham, iaitu
Diplomat Handbookedisi ketujuh yang diterbitkan oleh Addison Wesley Longman Limited. Kandungannya memberi panduan praktikal tentang hubungan antarabangsa dari segi pengurusan, protokol, dan prosedur serta isu-isu penting dalam hubungan diplomatik. Buku iniditujukan kepada nggota diplomat, penuntut diplomasi dan delegasike pertubuhan antarabangsa. Dari segi terjemahannya, buku ini dianggap mempunyai ketepatan dan kelancaran.
9. Buku IlmiahPemenang:
Bahasa dan Kepimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad karya Idris Aman, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007.
Sifat karya ilmiah yang lazim s
eperti
sorotan karya yang baik, laras bahasa ilmiah, struktur teks yang kemas, dan analisis yang jelas adalah antara perkara yang diberi perhatian dalam penilaian ini. dengan bantuan takrifan karya ilmiah tersbut menjadi mudah bagi ahli panel menyisih karya yang dianggap lemah termasuklah karya yang tidak dapat dianggap sebagai karya ilmiah. Daripada 49 terbitan yang dicalonkan terdapat karya yang sebenarnya ialah modul pengajaran, teks ucapan, buu teks, bahan kuliah, manual, dan tesis atau disertasi. Buku ini asalnya merupakan disertasi kedoktoran Universiti Malaya. Karya ini ialah sebuah kajian penyelidikan yang utuh. Sifat tesisnya kurang kelihatan, melainkan mempunyai ciri sebuh karya ilmiah yang utuh. Di samping tu, karya ini adalah satu penyelidikan yang telah dapat memajukan kajian analisis wacana Dr Mahathir daripada kajian sebelumnya. Memandangkan langkanya terbitan temptan dalam bentuk kajian ilmiah dan analisis yang mendalam mengenai pelbagai aspek kepimpinan Dr Mahathir, maka karya ini menarik perhatian para penel.
10. Hadiah KhasTiga hadiah diberikan dalam perkara ini, iaitu Ilustrator terbaik, Perekabentuk Terbaik, dan Editor Terbaik.
- Ilustrator Terbaik: Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim, terbitan E-Media Publication Sdn. Bhd, 2007.
- Perekabentuk Terbaik: Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.
- Editor Terbaik: Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.