Tuesday, December 22, 2009

KEPUTUSAN PENGADILAN ANUGERAH BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA 2008

* Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada 22 Disember 2009

1. Buku Kanak-kanak Bergambar
Pemenang
: Hidup Bekerjasama oleh Norashikin Hashim, Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd., 2006.
Buku ini adalah salah satu daripada 15 buku cerita bergambar dalam Siri Moral Kanak-kanak yang menekankan pengajaran tentang kasih sayang, hormat-menghormati, tolong-menolong, dan pelbagai nilai murni untuk membentuk budi pekerti kanak-kanak. Hidup Bekerjasama ialah kisah tiga ekor semut yang bersahabat bik dan bersama-sama mengangkut makanan yang berat untuk dibawa pulang. Kekuatan buku ini adalah pada gambarnya yang menarik dengan kontras warna yang tajam dan ilustrasi tiga watak semut yang penuh beranimasi. Namin, penceritaannya agak lemah dengan gaya didaktisme yang jelas.

2. Buku Kanak-kanak Fiksyen.
Pemenang: Sahabat Baru oleh Azwani Abdul Ghani, MEP Education Consult Sdn. Bhd, 2006.
Buku ini menceritakan kisah kanak-kanak kematian ibu yang menghadapi masalah dengan bapanya. Untuk mengatasi masalah tersebut, bapa kanak-kanak ini membawanya ke hospital, iaitu tempat kerja beliau. Di hospital, kanak-kanak tersebut bertemu dengan pesalit-pesakit yang menghadapi masalah yang lebih buruk daripada apa yang dihadapinya. Pengalaman itu memberi kesan kepadanya dan mengubah pandangan hidupnya. Keseluruhan ceritanya adalah sederhana dari segi plot, teknik penceritaan, dan perwatakan tetapi buku ini dapat dianggap lebih baik daripada yang lain-lain.

3. Buku Kanak-kanak Bukan Fiksyen
Tiada pemenang
:
Hanya satu sahaja penyertaan dalam kategori ini dan buku berkenaan tidk mencapai tahap yang diharapkan.

4. Buku Remaja Fiksyen
Pemenang
: Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.
Buku ini menerokai subjek yang jarang disentuh dalam karya remaja tempatan, iaitu seni busana Melyu. Dengan berlatarkan dua zaman, iaitu zaman dahulu dan zaman kini, novel ini dipersembahkan dengan dua bentuk gaya bahasa, iaitu gaya lama dan gaya semasa yang sesuai dengan latar masing-masing. Penekanan tentan bidang busana dikukuhkan dengan nilai-nilai tradisi, budaya, adat resam, dan keagamaan. Novel ini memperlihatkan bukan ahaja dari segi subjek cerita yang bersifat ilmiah, tetapi juga dari aspek teknik dan muatan cerita.

5. Buku Remaja Bukan Fiksyen
Pemenang
: Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim, terbitan E-Media Publication Sdn. Bhd. 2007.
Ensiklopedia ini terdiri daripada empat jilid buku yang mengandungi sejumlah 1117 entri A-Z. Kandungannya dibahagikan kepada enam bidang, iaitu Al-Quran dan Sunnah, Ibadah, Akhlak, Tauhid, Sirah, dan Fiqah. Seperti format ensiklopedia bagi pembaca muda, buku disusun untuk memudahkan pembacaan dan rujukan. Setiap entri diberikan keterangan dan diikuti dengan subentri serta keterangan bagi setiap subentri tersebut. Ensiklopedia ini bersifat ilustratif dengan setiap halaman mempunyai gambar-gamabr untuk menjelaskan entri. Selain itu, terdapat elemen khulasan dan idrak untuk memudahkan pembacaan. Khulasan ialah ringkasan entri utama dan idrak ialah fakta penting yang berkaitan dengan entri. Elemen-elemen ini ditampilkan dalam bentuk kotak berwarna. Bebebrapa entri mempunyai rujukan-rujukan daripada ayat Al-Quran.

6. Buku Dewasa Fiksyen
Pemenang
: Setaman Pantun Kenangan oleh Abdul Halim R., editor umum oleh Muhammad Hj Salleh dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ketika banyak penulis dan penerbi memberi tumpuan kepada karya kreatif moden, buku ini menarik perhatian khalayak ke wilayah sastera tradisional, khususnya pantun Melayu yang menjadi akar penting budaya Melayu. Buku ini bukan sekadar membawa perhatian pembaca kepada bentuk pantun, tetapi menunjukkan ciptaan pantun-pantun yang bermutu tinggi. Penulis dengan teliti menghasilkan pantun-pantun yang berperaturan termasuk mengekalkan rima tengah dan akhir. Proses kreatif ini bukan mudah, tetapi penulis telah menghadirkan 2,079 rangkap pantun Melayu yang bermutu dan bermanfaat isinya. Sebahagian pantun digubah untuk keperluan acara dan majlis tertentu dan ini menunjukkan usaha untuk melestarikan pantun dalam kehidupan masyarakat. Panel mencadangkan agar kategori ini ditukar kepada Buku Dewasa Kreatif untuk meliputi karya-karya kreatif yang lebih luas.

7. Buku Dewas
a Bukan Fiksyen
Pemenang:
Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.
Buku ini memaparkan busana dan tekstil Melayu dari segi ciri, unsur, sifat, adat resam, dan artifak. Penulisnya mentafsirkan nilai-nilai estetika dari persepsi dan kreativiti orang Melayu zaman dahulu melalui busana dan tekstil yang dihasilkan. Dengan format buku hisan meja, karya ini dipenuhi dengan pelbagai visual dan menjadi dokumentasi yang agak lengkap tentang bidang ini. Sesuai dengan imeh-imej busana dan tekstil yang diilustrasikan dengan gambar foto yang indah, perinciannya dibuat dengan persembahan bahasa yang baik. Beberapa puisi dan ungkapan Melayu menyulami himpunan busana Melayu yang dipaparkan.

8. Buku Terjemahan
Pemenang: Buku Panduan Diplomatik diterjemh oleh Radziah Abdul Rahim, diterbitkan secara bersama oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2007.
Buku ini diterjemahkan daripada karya asal oleh R. G. Feltham, iaitu Diplomat Handbookedisi ketujuh yang diterbitkan oleh Addison Wesley Longman Limited. Kandungannya memberi panduan praktikal tentang hubungan antarabangsa dari segi pengurusan, protokol, dan prosedur serta isu-isu penting dalam hubungan diplomatik. Buku iniditujukan kepada nggota diplomat, penuntut diplomasi dan delegasike pertubuhan antarabangsa. Dari segi terjemahannya, buku ini dianggap mempunyai ketepatan dan kelancaran.

9. Buku Ilmiah
Pemenang: Bahasa dan Kepimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad karya Idris Aman, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007.
Sifat karya ilmiah yang lazim seperti sorotan karya yang baik, laras bahasa ilmiah, struktur teks yang kemas, dan analisis yang jelas adalah antara perkara yang diberi perhatian dalam penilaian ini. dengan bantuan takrifan karya ilmiah tersbut menjadi mudah bagi ahli panel menyisih karya yang dianggap lemah termasuklah karya yang tidak dapat dianggap sebagai karya ilmiah. Daripada 49 terbitan yang dicalonkan terdapat karya yang sebenarnya ialah modul pengajaran, teks ucapan, buu teks, bahan kuliah, manual, dan tesis atau disertasi. Buku ini asalnya merupakan disertasi kedoktoran Universiti Malaya. Karya ini ialah sebuah kajian penyelidikan yang utuh. Sifat tesisnya kurang kelihatan, melainkan mempunyai ciri sebuh karya ilmiah yang utuh. Di samping tu, karya ini adalah satu penyelidikan yang telah dapat memajukan kajian analisis wacana Dr Mahathir daripada kajian sebelumnya. Memandangkan langkanya terbitan temptan dalam bentuk kajian ilmiah dan analisis yang mendalam mengenai pelbagai aspek kepimpinan Dr Mahathir, maka karya ini menarik perhatian para penel.

10. Hadiah Khas
Tiga hadiah diberikan dalam perkara ini, iaitu Ilustrator terbaik, Perekabentuk Terbaik, dan Editor Terbaik.
  • Ilustrator Terbaik: Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim, terbitan E-Media Publication Sdn. Bhd, 2007.
  • Perekabentuk Terbaik: Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.
  • Editor Terbaik: Rupa dan Gaya: Busana Melayu oleh Azah Aziz terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.

1 comment:

Penang Mari said...

For those who love reading, and writing, check out http://cityofsharedstorieskualalumpur.com

You can read the news in theSun epaper at www.sun2surf.com It is on Page 10.

This is what the website says about itself:

A City of Shared Stories – Kuala Lumpur

Every city has a story to tell and lying within Kuala Lumpur is the prospect for thousands of stories by ordinary people about life in our city.

To harness the creativity and talent in this city, is a new platform that has been developed to encourage anyone and everyone to upload short stories based on various locations in the bustling city of Kuala Lumpur.

City of Shared Stories Kuala Lumpur invites writers of any ability to submit short stories in both English and Bahasa Malaysia in less than 1600 characters about their neighbourhood or anywhere in the city that captures their imagination with the option to include images tagged to locations around Kuala Lumpur on Google Map.

It mirrors its sister website “City of Shared Stories” - London, and has come about in Kuala Lumpur as part of City of Stories, a project under the British Council Creative Cities programme with the aim of bringing out the many different voices in the city.

The project is co-organised by these 3 parties:

The British Council is the United Kingdom's international cultural relations organisation founded in 1934. We have offices in 229 towns and cities in 110 countries and territories worldwide. We have been in Malaysia since 1947.
Spread the Word

Spread the Word works with London writers at every stage of their development to enable them to reach their full potential. We offer connections and opportunities for writers through our programme of courses, professional development, events and work in schools. We encourage new and original voices in poetry, fiction, scriptwriting and many other genres.
MPH

The MPH Group of Companies has enjoyed both successes as well as weathered storms for over a century. It has since grown and matured to become an important fixture in the business landscape of Malaysia & Singapore. Today, MPH is proud to be a wholly Malaysian-owned.