Sunday, December 20, 2009

JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN BOLOGNA

Tarikh Pameran: 23–26 Mac 2010

MBKM menjemput tuan/puan untuk menyertai pameran buku di Bologna pada 23–26 Mac 2010. Pameran yang menggunakan slogan "The Rights Place for Children's Content" ini merupakan acara tahunan yang ke-47 dan pada tahun 2009 menyaksikan 1,300 peserta dari 67 negara. Bagi tahun 2010 ini, Guest of Honour untuk Illustrators Exhibition ialah Slovakia, dan karya–karya terbaik ilustrator negara tersebut akan dipamerkan di dalam dewan khas.

Malaysia melalui MBKM telah menyertai pameran ini sejak 12 tahun lepas. Bagi tahun 2010, MBKM menjemput para penerbit dan persatuan perbukuan untuk turut serta menyertai delegasi yang akan kami aturkan.

Rebutlah peluang ini dengan segera kerana tempat terhad. Sila hubungi Puan Norhayati Razali di MBKM (Tel: 03-88847017; 03-8884 7016) atau e-mel: hayati2k@gmail.com. Atau Dr Sidin Ahmad Ishak di MBBY (012-3393066)

1 comment:

Sid Ahmad Ishak said...

Thanks Ann to alert me. I have corrected the hand-set number.