Sunday, April 4, 2010

SEJAUH MANA PENULIS TEMPATAN DIMINATI?

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, MBIC dan MBKM telah menjalankan kajian tentang Amalan Pembacaan dan Pembelian Buku serta Persepsi terhadap Industri Buku. Pembantu penyelidik saya Sdr. Fadli Abdullah kini sedang bekerja keras memasukkan data ke dalam SPSS untuk analisis.

Pemerhatian awal saya tentang minat pembaca terhadap penulis tempatan menunjukkan trend yang sekaligus menarik dan merisaukan:

Daripada 100 peminat buku (6% keseluruhan responden) yang kami soalselidik, didapati bahawa:

10% tidak meminati penulis tempatan.
43% tidak pasti sama ada mereka minat atau tidak.
47% mengaku berminat pada penulis tempatan.

Daripada 47% yang meminati penulis tempatan itu, masing-masing menyatakan nama penulis yang kebanyakannya tidak dikongsi oleh orang lain. Nama-nama penulis terkenal dan pemenang anugerah tersisih, namun terdapat nama-nama daripada pelbagai genre yang menunjukkan selera yang pelbagai. Daripada apa yang dinyatakan oleh responden setakad ini dapatlah kami senaraikan 34 penulis fiksyen dan nonfiksyen yang yang diminati.

Namun, sebagai "sneak preview" kajian itu, saya namakan Tujuh Penulis Tempatan yang Diminati Mengikut Keutamaan (Berdasarkan 100 Responden Satakad ini):

• A. Samad Said
• Ramli Awang Murshid
• Abd. Latif Talib
• Hlovate
• Aisya Sofea
• HM Tuah Iskandar
• Norhayati Berahim


Apakah agaknya respons editor, penerbit dan penulis sendiri tentang minat dan selera pembaca kita? Apakah pula yang dapat dikatakan terhadap usaha pembangunan penulis?

3 comments:

Unknown said...

Hlovate? Penulis buku apa Dr? Dalam senarai Dr tu, itu satu2nya penulis yang saya tak pernah tahu kewujudannya... ;)

Unknown said...

Prof, Wan pun tak pernah dengar penulis ni (Hlovate).. Dalam banyak-banyak buku Bos tu rasa macam takde pun buku yang ditulis beliau. Buku sendiri memang tak banyak.. hehe

Anonymous said...

Faisal Tehrani tak masuk dalam senarai?